10 Sahabat , Berpisah sudah
Assalamualaikum... Terlalu makan masa yg terlalu lama untuk aku luah kan perasaan ini, terlalu lama juga aku munasabah diri yg aku sendiri sedar aku tak sempurna untuk hidup ini,aku luahkan perasaan ini bukan untuk meminta belas kasihan dari sesiapa tapi hanya sekadar menulis apa yg terbuku didalam hati ini, Ya, Jika terlalu lama disimpan didalam hati takut akan makan diri dengan dendam yg tak pernah habis untuk membalasnya. Aku sendiri tidak sangka apa yg bakal terjadi untuk tahun ini terlalu perit untuk aku mennerima kerana aku sendiri angan angankan bahawa 10 orang sahabat ini akan kekal untuk selamanya tidak kira lah apa pun dungaan, hasutan, dari mana mana pihak kita tetap bersama, Tetapi apakan daya ini Takdir dari Maha Esa. Jika ini ujian sementara Allah untuk aku , Aku terima dengan hati yg terbuka, Walau aku bersedih sekali mana pun ini tetap Dugaan dariNya, Apa yg penting kita berdoa agar kita tidak bermusuhan, saling tidak menyakiti...Walaupun hati ini terluka, sedih kerana kehilangan kawan kawan tak bermakna aku akan bermusuhan untuk selamanya, apa yg penting berdoa agar Allah beri hikmah setiap kejadian yg berlaku untuk tahun ini, Kadang kadang kita tak jangka yg lebih hebat bakal berlaku dihadapan kita cuma kita tak mampu untuk melihat kehadapan jadi hanya mampu berdoa untuk Allah permudahkan segalanya dan memohon keampunan setelah kita saling menyakiti agar Allah hadiahkan kebahagian untuk kita semua. Amin Rabbal Alamin